Saya suka ambil tahu hal-hal yang bersangkutan dengan kemudahan rakyat dan pengguna khasnya.
Salah satunya ialah mengenai kemudahan PARKIR kenderaan. Pernah satu ketika saya disaman kerana tidak mempunyai kupon untuk meletak kenderaan saya di ruangan parkir yang disediakan. ini disebabkan pada ketika itu saya tidak mempunyai kupon parkir dan telah keluar dari kenderaan untuk membeli kupon parkir tersebut. Sekembalinya saya ke kenderaan, terselit la surat SAMAN yang tidak diundang di kenderaan saya. Walaupun begitu tidaklah saya melatah pada saat itu. Saya pergi ke kaunter parkir dan meminta jasa baik pegawai parkir untuk melupuskan saman parkir setelah memberi alasan kenapa saya tidak mempamirkan kupon parkir di kenderaan saya. Pegawai parkir itu dengan jelasnya memberi alasan bahawa dia tidak boleh berbuat apa-apa untuk melupuskan saman tersebut, sebaliknya dia menyuruh saya ke pejabat majlis daerah untuk mendapatkan diskaun saman itu. Sudahlah badan saya tidak sihat dijangkiti demam panas, mahu tak mahu pergi la saya ke pejaba Majlis Daerah berkenaan sejauh 14km dari tempat saya disaman.
Sesampainya saya di pejabat Majlis Daerah, saya terus ke kaunter pertanyaan dan bertanya dimana saya boleh berjumpa pegawai yang boleh saya membuat penjelasan serta melupuskan saman parkir tersebut, saya diberitahu, saman tidak boleh dilupuskan dan cuma boleh dikurangkan sahaja. Saya jelas dengan penjelasan pegawai yang bertugas dan meminta temujanji untuk berjumpa dengan Yang DiPertua Majlis Daerah, seminggu tempuh temujanji tersebut.
Setelah seminggu, sekali lagi saya ke pejabat Majlis Daerah berkenaan sejauh 35km dari tempat tinggal saya. Di pejabat Majlis Daerah, sejam menunggu YDP baru la PA YDP berkenaan bertanya kepada saya untuk apa saya ingin berjumpa YDP tersebut, saya menjelaskan segalanya dan jawapan yang diberikan oleh PA YDP tersebut amat menyakitkan hati saya, rasa seperti saya telah membuang masa saya untuk semua usahayang saya buat bagi melupuskan samanparkir itu. Diambilnya surat saman parkir dari saya dan HANYA diberikan kepada YDP untuk diskaun 50% dari saman asal. Saya menjelaskan saya ingin berjumpa YDP untuk menjelaskan keadaan sebenar kenapa saya disaman. Saya hanya diarahkan untuk berjumpa dengan Setiausaha Majlis Daerah bagi menjelaskan keadaan. Setiausaha pulak tidak memberikan kerjasama sepenuhnya , sebaliknya dia menyuruh saya membuat aduan kemana-mana akhbar tempatan mengenai masalah saya itu.
PERSOALANNYA:
1. Mengapa kebanyakkan PBT hanya tau menyaman dan tidak mahu mendengar rayuan?
2. Adakah dengan mewar-warkan parkir berkupon diakhbar-akhbar atau di media eletronik berkesan kepada orang ramai?
3. Alasan tidak cukup pegawai untuk menjaga parkir, adakah tidak cukup pegawai untuk menyaman pengguna?
4. Perlukah pengguna berada didalam kenderaan sepanjang masa sedangkan pengguna perlu keluar dari kenderaan untuk membeli kupon parkir setelah meletakkan kenderaan di kawasan parkir?
5. Besar manakah tulisan pada notis-notis atau kain rentang yang dipasang untuk pemandu-pemandu mengetahui bahawa kawasan tersebut mengamalkan parkir berkupon?
6. Dimana sikap RAKYAT DIDAHULUKAN oleh kebanyakkan jabatan-jabatan kerajaan?
Renung-renungkanlah.....
No comments:
Post a Comment