Tidak dinafikan bahawa kerajaan ingin mendahulukan rakyat kepada semua sudut. Dan tidak dinafikan juga dari sesetengah sudut itu juga telah menyusahkan rakyat yang berstatus OKU.
Saya, seorang OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, telah merasai pengalaman menyusahkan dari birokrasi yang telah dibuat oleh kerajaan sendiri. Saya teruja dengan semangat Menteri yang berkenaan yang ingin mendahulukan golongan OKU seperti saya. Saya teruja dengan Perdana Menteri yang ingin menyatukan rakyat Malaysia dengan semangat 1 Malaysia, saya juga amat berbesar hati bila Perdana Menteri mahukan RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.
Persoalannya:
Adakah kerajaan itu Perdana Menteri seorang sahaja atau semua yang dibawah pentadbiran negara?
Persoalan ini timbul setelah saya mengalami sendiri sistem birokrasi yang menyusahkan rakyat, terutamanya yang berstatus seperti saya. Sebagai salah seorang dari ORANG KURANG UPAYA (OKU), saya dilayan seperti orang berkeupayaan yang tidak ada apa-apa kecacatan.
Selama lebih 8 tahun saya tidak bekerja dengan mana-mana pihak, saya tidak pernah menyusahkan kerajaan, tidak pernah meminjam dengan mana-mana bank, hanya menyara diri dengan kerja-kerja sendiri sekadar cukup makan-minum seharian, walaupun kadang-kadang terdapat juga kesusahan menharungi kehidupan, namun saya tetap bertahan dari meminta pertolongan dari sesiapa.
Ditakdirkan oleh Yang Esa, saya mengidap sejenis penyakit sejak dari saya bayi, ditakdirkan oleh Yang Esa, saya mengalami kemalangan jalanraya dari kecuaian orang lain yang mengakibatkan sistem saraf saya tidak berfungsi dengan sebaiknya, yang mana ianya juga telah mengakibatkan saya hilang kestabilan dalam pergerakkan saya dan membuatkan kaki saya patah. emua kejadian itu telah membuatkan saya HILANG KEUPAYAN BERKERJA walaupun saya hanya bekerja sendiri. Dengan sebab-sebab itu jugalah saya mendaftar sebagai OKU dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Terimakasih JKM kerana perihatin terhadap masalah saya. Tidaklah niat saya mahu menyusahkan sesiapa lebih-lebih lagi mahu menyusahkan kerajaan negara saya sendiri. Apakan daya saya setelah setahun mengharungi kehidupan yang perit dengan keadaan semasa disaluti dengan kekurangan pada diri saya, saya bertekad untuk meminta bantuan dari JKM dan ingin mengeluarkan wang dari KWSP saya bagi menampung perbelanjaan saya serta keluarga. Maka bermulalah bagi saya satu peperangan dengan kerajaan saya sendiri.
Kenapa saya berperang dengan kerajaan sendiri?
Saya telah mengunjungi KWSP di tempat saya dan memohon untuk mengeluarkan WANG CARUMAN SAYA dalam KWSP dengan Permohonan Pengeluaran Hilang Upaya, borang permohonan diberi dan saya disuruh untuk mengepilkan LAPURAN PERUBATAN dari hospital atau klinik yang merawat saya. Saya menunjukkan kad OKU dari JKM dan pegawai KWSP mengatakan bahawa KAD OKU TAK LAKU di KWSP, amat menyedihkan saya, saya mengatakan bahawa sukar untuk kesana kemari disebabkan Hilang Upaya saya baik dari segi fizikal atau kewangan. Alasan saya tidak diterima dan dengan hampa saya pun pulang ke tempat tinggal saya yang jauhnya lebih kurang 50km dari KWSP. Untuk itu saya terpaksa meminjam wang dengan orang lain bagi pengangkutan saya.
Tidak sahaja di KWSP, di klinik Kesihatan Kerajaan juga saya seperti dibuli oleh para pegawai mereka, saya telah pergi ke Klinik kesihatan ditempat saya pada hari yang sama, dan meminta untuk pegawai perubatan memeriksa tahap kesihatan diri saya sepenuhnya serta meminta pihak klinik menyediakan lapuran kesihata tersebut. Saya diarah pergi ke Bahagian Rekod untuk urusan tersebut, di ahagian Rekod saya diberitahu bahawa, pemriksaan kesihatan tidak akan dilakukan sebaliknya lapuran kesihatan hanya akan berdasarkan rekod yang ada. Saya mengatakan kepada pegawai bertugas, yang saya hanya ada satu rekod kesihatan sahaja disitu, dan saya perlukan pemeriksaan menyeluruh untuk urusan KWSP, permintaan saya tidak dilayan dan pegawai itu tetap dengan pendiriannya untuk menyediakan lapuran kesihatan berdasarkan pada rekod yang ada. Dengan tiada pilihan lain, saya bersetuju dan lapuran kesihatan akan diberikan selepas dua minggu. Alangkah terperanjatnya saya, kerana CUMA ada SATU REKOD akan mengambil masa lebih 2 MINGGU untuk disiapkan.
Diringkaskan, dua minggu berlalu masih tiada lapuran kesihatan disiapkan. HANYA pada minggu ketiga barulah saya terima panggilan untuk mengambil lapuran kesihata tersebut.. Keesukan harinya saya membawa lapuran kesihatan dan borang permohonan itu ke KWSP untuk diserahkan dan ditemuduga oleh pegawai KWSP, sekali lagi saya rasa seperti diBULI oleh kerjaan sendiri.
Saya diarah untuk pergi ke 2 klinik panel KWSP untuk PEMERIKSAAN KESIHATAN. Saya akur dengan kehendak meraka tetapi dalam hati saya, soalan adakah KWSP TIDAK PERCAYA DENGAN TAHAP KESIHATAN SAYA sedangkan lapuran kesihatan dan status OKU adalah dari KERAJAAN? Tempuh seminggu diberi untuk saya menghadiri Pemeriksaan Kesihatan dari klinik-klinik panel tersebut, maka banyaklah lagi kewangan saya akan mengalir keluar untuk berulang-alik ke klinik -klinik itu.
Tiba masa seminggu saya pun meminjam lagi dengan kawan wang untuk perbelanjaan ke Klinik-klinik tersebut yang jauhnya kurang lebih 50km dari tempat tinggal saya. Dengan mata kurang penglihatan, saya tujui juga ke destinasi itu. Diklinik yang pertama, alangkah terperanjatnya saya, kerana saya tidak diperiksa langsung oleh doktor yang bertugas, sebaliknya doktor hanya meneliti lapuran perubatan yang sedia ada, Saya di suruh menurunkan cop ibujari pada lapuran itu yang mana membuatkan saya bertanya kepada doktor itu bagaimana dia tahu tahap kesihatan saya jika hanya meneliti pada sekeping kertas yang di panggil lapuran kesihata itu? Doktor tersebut menjelaskan bahawa tiada pemeriksaan kesihata yang akan dibuat melainkan hanya berdasarkan pada lapuran dari klinik kesihatan asal. Dan dia juga mengatakan bahawa KWSP mungkin tidak akan mampu membayar kos pemeriksaan kesihatan terhadapa saya. Saya menerangkan kepada doktor tersebut tentang segala penyakit yang saya hidapi dan dia sebaliknya mengatakan bukan masalah dia untuk memeriksa kesihatan saya, dia hanya akan mengesahkan lapuran kesihatan berdasarkan dari lapuran yang ada.
Jadi, kenapa saya disuruh untuk menjalani pemeriksaan kesihatan oleh KWSP sedangkan saya tidak pun diperiksa tahap kesihatan saya oleh doktor tersebut?
Saya disuruh untuk menurunkan cop ibu jari kiri dan kanaN pada lapuran mereka, sedangkan saya bertanya, apakah tahap kesihatan saya sebelum saya menurunkan cop ibu jari saya, doktor tidak dapat memberitahu saya kerana IANYA ADALAH RAHSIA, hanya akan diberiKAN kepada KWSP SAHAJA.
Persoalannya.
- APAKAH KWSP TIDAK MEMPERCAYAI DOKTOR KERAJAAN DAN HANYA PERCAYA KEPADA DOKTOR SWASTA?
- KALAU JAWAPANNYA YA, KENAPA PADA AWAL SAYA MEMOHON, SAYA DISURUH UNTUK PERGI KE KLINIK KERAJAAN UNTUK LAPURAN KESIHATAN? KENAPA TIDAK DIARAH TERUS KE KLINIK PANEL UNTUK PEMERIKSAAN TAHAP KESIHATAN?
- KENAPA STATUS OKU TIDAK DIHARGAI OLEH KWSP?
- SUSAH SANGAT KE SAYA NAK MEMINTA PERTOLONGAN MENGELUARKAN CARUMAN SENDIRI UNTUK MEMBANTU KEHIDUPAN SAYA YANG SERBA KEKURANGAN INI?
- MENGAPA TERLALU BANYAK SANGAT BIROKRASI SEHINGGA MENYUSAHKAN SAYA YANG TELAH SEDIA SUSAH INI?
SIAPAKAN YANG MAHU DIDAHULUKAN, RAKYAT ATAU PENCAPAIAN?
No comments:
Post a Comment