Monday, 25 July 2011

KWSP MENYUSAHKAN OKU, OKU TIDAK DIHARGAI

Salam Satu Malaysia,
Tidak dinafikan bahawa kerajaan ingin mendahulukan rakyat kepada semua sudut. Dan tidak dinafikan juga dari sesetengah sudut itu juga telah menyusahkan rakyat yang berstatus OKU.

Saya, seorang OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, telah merasai pengalaman menyusahkan dari birokrasi yang telah dibuat oleh kerajaan sendiri. Saya teruja dengan semangat Menteri yang berkenaan yang ingin mendahulukan golongan OKU seperti saya. Saya teruja dengan Perdana Menteri yang ingin menyatukan rakyat Malaysia dengan semangat 1 Malaysia, saya juga amat berbesar hati bila Perdana Menteri mahukan RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

Persoalannya:

Adakah kerajaan itu Perdana Menteri seorang sahaja atau semua yang dibawah pentadbiran negara?

Persoalan ini timbul setelah saya mengalami sendiri sistem birokrasi yang menyusahkan rakyat, terutamanya yang berstatus seperti saya. Sebagai salah seorang dari ORANG KURANG UPAYA (OKU), saya dilayan seperti orang berkeupayaan yang tidak ada apa-apa kecacatan.

Selama lebih 8 tahun saya tidak bekerja dengan mana-mana pihak, saya tidak pernah menyusahkan kerajaan, tidak pernah meminjam dengan mana-mana bank, hanya menyara diri dengan kerja-kerja sendiri sekadar cukup makan-minum seharian, walaupun kadang-kadang terdapat juga kesusahan menharungi kehidupan, namun saya tetap bertahan dari meminta pertolongan dari sesiapa.
Ditakdirkan oleh Yang Esa, saya mengidap sejenis penyakit sejak dari saya bayi, ditakdirkan oleh Yang Esa, saya mengalami kemalangan jalanraya dari kecuaian orang lain yang mengakibatkan sistem saraf saya tidak berfungsi dengan sebaiknya, yang mana ianya juga telah mengakibatkan saya hilang kestabilan dalam pergerakkan saya dan membuatkan kaki saya patah.  emua kejadian itu telah membuatkan saya HILANG KEUPAYAN BERKERJA walaupun saya hanya bekerja sendiri. Dengan sebab-sebab itu jugalah saya mendaftar sebagai OKU dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Terimakasih JKM kerana perihatin terhadap masalah saya. Tidaklah niat saya mahu menyusahkan sesiapa lebih-lebih lagi mahu menyusahkan kerajaan negara saya sendiri. Apakan daya saya setelah setahun mengharungi kehidupan yang perit dengan keadaan semasa disaluti dengan kekurangan pada diri saya, saya bertekad untuk meminta bantuan dari JKM dan ingin mengeluarkan wang dari KWSP saya bagi menampung perbelanjaan saya serta keluarga. Maka bermulalah bagi saya satu peperangan dengan kerajaan saya sendiri.

Kenapa saya berperang dengan kerajaan sendiri?

Saya telah mengunjungi KWSP di tempat saya dan memohon untuk mengeluarkan WANG CARUMAN SAYA dalam KWSP dengan Permohonan Pengeluaran Hilang Upaya, borang permohonan diberi dan saya disuruh untuk mengepilkan LAPURAN PERUBATAN dari hospital atau klinik yang merawat saya. Saya menunjukkan kad OKU dari JKM dan pegawai KWSP mengatakan bahawa KAD OKU TAK LAKU di KWSP, amat menyedihkan saya, saya mengatakan bahawa sukar untuk kesana kemari disebabkan Hilang Upaya saya baik dari segi fizikal atau kewangan. Alasan saya tidak diterima dan dengan hampa saya pun pulang ke tempat tinggal saya yang jauhnya lebih kurang 50km dari KWSP. Untuk itu saya terpaksa meminjam wang dengan orang lain bagi pengangkutan saya.
Tidak sahaja di KWSP, di klinik Kesihatan Kerajaan juga saya seperti dibuli oleh para pegawai mereka, saya telah pergi ke Klinik kesihatan ditempat saya pada hari yang sama, dan meminta untuk pegawai perubatan memeriksa tahap kesihatan diri saya sepenuhnya serta meminta pihak klinik menyediakan lapuran kesihata tersebut. Saya diarah pergi ke Bahagian Rekod untuk urusan tersebut, di ahagian Rekod saya diberitahu bahawa, pemriksaan kesihatan tidak akan dilakukan sebaliknya lapuran kesihatan hanya akan berdasarkan rekod yang ada. Saya mengatakan kepada pegawai bertugas, yang saya hanya ada satu rekod kesihatan sahaja disitu, dan saya perlukan pemeriksaan menyeluruh untuk urusan KWSP, permintaan saya tidak dilayan dan pegawai itu tetap dengan pendiriannya untuk menyediakan lapuran kesihatan berdasarkan pada rekod yang ada. Dengan tiada pilihan lain, saya bersetuju dan lapuran kesihatan akan diberikan selepas dua minggu. Alangkah terperanjatnya saya, kerana CUMA ada SATU REKOD akan mengambil masa lebih 2 MINGGU untuk disiapkan.
Diringkaskan, dua minggu berlalu masih tiada lapuran kesihatan disiapkan. HANYA pada minggu ketiga barulah saya terima panggilan untuk mengambil lapuran kesihata tersebut.. Keesukan harinya saya membawa lapuran kesihatan dan borang permohonan itu ke KWSP untuk diserahkan dan ditemuduga oleh pegawai KWSP, sekali lagi saya rasa seperti diBULI oleh kerjaan sendiri.
Saya diarah untuk pergi ke 2 klinik panel KWSP untuk PEMERIKSAAN KESIHATAN. Saya akur dengan kehendak meraka tetapi dalam hati saya, soalan adakah KWSP TIDAK PERCAYA DENGAN TAHAP KESIHATAN SAYA sedangkan lapuran kesihatan dan status OKU adalah dari KERAJAAN? Tempuh seminggu diberi untuk saya menghadiri Pemeriksaan Kesihatan dari klinik-klinik panel tersebut, maka banyaklah lagi kewangan saya akan mengalir keluar untuk berulang-alik ke klinik -klinik itu.
Tiba masa seminggu saya pun meminjam lagi dengan kawan wang untuk perbelanjaan ke Klinik-klinik tersebut yang jauhnya kurang lebih 50km dari tempat tinggal saya. Dengan mata kurang penglihatan, saya tujui juga ke destinasi itu. Diklinik yang pertama, alangkah terperanjatnya saya, kerana saya tidak diperiksa langsung oleh doktor yang bertugas, sebaliknya doktor hanya meneliti lapuran perubatan yang sedia ada, Saya di suruh menurunkan cop ibujari pada lapuran itu yang mana membuatkan saya bertanya kepada doktor itu bagaimana dia tahu tahap kesihatan saya jika hanya meneliti pada sekeping kertas yang di panggil lapuran kesihata itu? Doktor tersebut menjelaskan bahawa tiada pemeriksaan kesihata yang akan dibuat melainkan hanya berdasarkan pada lapuran dari klinik kesihatan asal. Dan dia juga mengatakan bahawa KWSP mungkin tidak akan mampu membayar kos pemeriksaan kesihatan terhadapa saya. Saya menerangkan kepada doktor tersebut tentang segala penyakit yang saya hidapi dan dia sebaliknya mengatakan bukan masalah dia untuk memeriksa kesihatan saya, dia hanya akan mengesahkan lapuran kesihatan berdasarkan dari lapuran yang ada.

Jadi, kenapa saya disuruh untuk menjalani pemeriksaan kesihatan oleh KWSP sedangkan saya tidak pun diperiksa tahap kesihatan saya oleh doktor tersebut?

Saya disuruh untuk menurunkan cop ibu jari kiri dan kanaN pada lapuran mereka, sedangkan saya bertanya, apakah tahap kesihatan saya sebelum saya menurunkan cop ibu jari saya, doktor tidak dapat memberitahu saya kerana IANYA ADALAH RAHSIA, hanya akan diberiKAN kepada KWSP SAHAJA.

Persoalannya.


  • APAKAH KWSP TIDAK MEMPERCAYAI DOKTOR KERAJAAN DAN HANYA PERCAYA KEPADA DOKTOR SWASTA?
  • KALAU JAWAPANNYA YA, KENAPA PADA AWAL SAYA MEMOHON, SAYA DISURUH UNTUK PERGI KE KLINIK KERAJAAN UNTUK LAPURAN KESIHATAN? KENAPA TIDAK DIARAH TERUS KE KLINIK PANEL UNTUK PEMERIKSAAN  TAHAP KESIHATAN?
  • KENAPA STATUS OKU TIDAK DIHARGAI OLEH KWSP?
  • SUSAH SANGAT KE SAYA NAK MEMINTA PERTOLONGAN MENGELUARKAN CARUMAN SENDIRI UNTUK MEMBANTU KEHIDUPAN SAYA YANG SERBA KEKURANGAN INI?
  • MENGAPA TERLALU BANYAK SANGAT BIROKRASI SEHINGGA MENYUSAHKAN SAYA YANG TELAH SEDIA SUSAH INI?

SIAPAKAN YANG MAHU DIDAHULUKAN, RAKYAT ATAU PENCAPAIAN?

Monday, 14 March 2011

DITIPU DI INTERNET.... SALAH SIAPA?

Salam1Malaysia,
Nak ketawa ada, kesian pun ada. Bila saya terbaca berita-berita bersangkutan ditipu di internet oleh wanita kacukan yang tinggal di luar negara. Bukan itu sahaja banyak lagi jenis penipuan yang berlaku di internet yang melibatkan KETAMAKKAN dan KEBODOHAN kita sendiri.
Kita menjadi TAMAK apabila disogokkan dengan pertolongan berimbuhan wang yang banyak dan disebalik itu pula kita abaikan permikiran kita untuk berfikir kenapa kita perlu membayar untuk pertolongan itu. Logiknya jika pertolongan itu ikhlas, kenapa kita perlu membayar untuk pertolongan tersebut.
Kita menjadi BODOH apabila orang lain mencurahkan perasaan kepada kita sedangkan kita baru sahaja mengenali orang itu. Disebabkan kita tiada orang yang menyanyangi kita maka dicurahkan pula kepada mereka kasih sayang yang belum tentu akan mendatangkan cinta, Kalau ada pun hanya dari tulisan-tulisan atau ayat-ayat cinta dari insan yang jauh. KEBODOHAN kita itu mengundang kerugian wang ringgit apabila yang dicinta akan meminta ribuan ringgit untuk berjumpa kita. LOGIKnya, dalam ramai pengguna internet, kenapa kita menjadi pilihan mereka sekelip mata? SEBABnya, kerana mereka tahu kita cukup senang DITIPU....
INGATLAH wahai rakyat Malaysia, jangan jadikan MALAYSIA BOLEH sebagai MALAYSIA BOLEH DITIPU... berfikir sebelum membuat sesuatu keputusan atau selitkan perkataan KENAPA dan MENGAPA dalam diri kita supaya orang lain tidak dapat memijak kepala kita, jangan apabila kita sudah dipijak baru kita MELATAH......

Tuesday, 8 March 2011

Sistem Parkir Berkupon Amat TIDAK MESRA RAKYAT

Saya suka ambil tahu hal-hal yang bersangkutan dengan kemudahan rakyat dan pengguna khasnya.
Salah satunya ialah mengenai kemudahan PARKIR kenderaan. Pernah satu ketika saya disaman kerana tidak mempunyai kupon untuk meletak kenderaan saya di ruangan parkir yang disediakan. ini disebabkan pada ketika itu saya tidak mempunyai kupon parkir dan telah keluar dari kenderaan untuk membeli kupon parkir tersebut. Sekembalinya saya ke kenderaan, terselit la surat SAMAN yang tidak diundang di kenderaan saya. Walaupun begitu tidaklah saya melatah pada saat itu. Saya pergi ke kaunter parkir dan meminta jasa baik pegawai parkir untuk melupuskan saman parkir setelah memberi alasan kenapa saya tidak mempamirkan kupon parkir di kenderaan saya. Pegawai parkir itu dengan jelasnya memberi alasan bahawa dia tidak boleh berbuat apa-apa untuk melupuskan saman tersebut, sebaliknya dia menyuruh saya ke pejabat majlis daerah untuk mendapatkan diskaun saman itu. Sudahlah badan saya tidak sihat dijangkiti demam panas, mahu tak mahu pergi la saya ke pejaba Majlis Daerah berkenaan sejauh 14km dari tempat saya disaman.
Sesampainya saya di pejabat Majlis Daerah, saya terus ke kaunter pertanyaan dan bertanya dimana saya boleh berjumpa pegawai yang boleh saya membuat penjelasan serta melupuskan saman parkir tersebut, saya diberitahu, saman tidak boleh dilupuskan dan cuma boleh dikurangkan sahaja. Saya jelas dengan penjelasan pegawai yang bertugas dan meminta temujanji untuk berjumpa dengan Yang DiPertua Majlis Daerah, seminggu tempuh temujanji tersebut.
Setelah seminggu, sekali lagi saya ke pejabat Majlis Daerah berkenaan sejauh 35km dari tempat tinggal saya. Di pejabat Majlis Daerah, sejam menunggu YDP baru la PA YDP berkenaan bertanya kepada saya untuk apa saya ingin berjumpa YDP tersebut, saya menjelaskan segalanya dan jawapan yang diberikan oleh PA YDP tersebut amat menyakitkan hati saya, rasa seperti saya telah membuang masa saya untuk semua usahayang saya buat bagi melupuskan samanparkir itu. Diambilnya surat saman parkir dari saya dan HANYA diberikan kepada YDP untuk diskaun 50% dari saman asal. Saya menjelaskan saya ingin berjumpa YDP untuk menjelaskan keadaan sebenar kenapa saya disaman. Saya hanya diarahkan untuk berjumpa dengan Setiausaha Majlis Daerah bagi menjelaskan keadaan. Setiausaha pulak tidak memberikan kerjasama sepenuhnya , sebaliknya dia menyuruh saya membuat aduan kemana-mana akhbar tempatan mengenai masalah saya itu.

PERSOALANNYA:
1. Mengapa kebanyakkan PBT hanya tau menyaman dan tidak mahu mendengar rayuan?
2. Adakah dengan mewar-warkan parkir berkupon diakhbar-akhbar atau di media eletronik berkesan kepada orang ramai?
3. Alasan tidak cukup pegawai untuk menjaga parkir, adakah tidak cukup pegawai untuk menyaman pengguna?
4. Perlukah pengguna berada didalam kenderaan sepanjang masa sedangkan pengguna perlu keluar dari kenderaan untuk membeli kupon parkir setelah meletakkan kenderaan di kawasan parkir?
5. Besar manakah tulisan pada notis-notis atau kain rentang yang dipasang untuk pemandu-pemandu mengetahui bahawa kawasan tersebut mengamalkan parkir berkupon?
6. Dimana sikap RAKYAT DIDAHULUKAN oleh kebanyakkan jabatan-jabatan kerajaan?

Renung-renungkanlah.....

Monday, 7 March 2011

Pencapaian diutamakan, Rakyat didahulukan ..... BETUL KER?

Salam 1 Malaysia,

Saya amat teruja dengan apa yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri kita untuk keharmonian, kesejahteraan, kemajuan dalam negara kita Malaysia ini. Salah satu perkara yang paling saya teruja adalah apabila YAB berkata “ Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan”.
Jauh disudut hati saya dan telah lama saya pendam untuk meluahkan apa yang terbuku dihati saya kepada sesiapa sahaja yang ingin mengetahui apa sebenarnya maksud konsep tersebut kepada kita semua. Pada pengertian saya:

1. Untuk NEGARA mencapai sesuatu matlamat, kemajuan misalnya, bukan sahaja YAB Perdana Menteri yang perlu bekerja keras, malah keseluruhan yang di bawah pentadbiran YAB Perdana Menteri MESTILAH bekerja keras untuk mencapai matlamat tersebut.

2. Rakyat di dahulukan dengan diberi pelbagai kemudahan agar rakyat dapat membantu kerajaan mencapai matlamat  yang di war-warkan oleh YAB Perdana Menteri itu.

STRAIGHT TO THE POINT:
1. Saya pernah melihat pihak berkuasa tempatan (PBT) MENYAMAN rakyat yang cuba untuk menaiktaraf kehidupan mereka dengan berjualan secara kecil-kecilan dikawasan kediaman mereka tanpa apa-apa notis. Pada pandangan saya, SALAHkah jikalau pihak PBT mengeluarkan notis terlebih dahulu sebelum MENYAMAN rakyat yang cuba berdikari tersebut? Tidak kah dalam peruntukkan undang-undang perniagaan ada menyatakan bahawa, para perniaga mestilah mengemukakan permohonan permit berniaga dalam masa 14 hari dari tarikh mula berniaga? Begitu juga dengan pendaftaran perniagaan, setiap perniagaan yang tidak di daftarkan dalam masa 14 hari dari tarikh mula berniaga, baru lah pihak yang bertanggungjawab boleh mengambil tindakan sewajarnya. Bukan kah begitu yang sepatutnya?


2. Saya pernah mencuba memohon permit untuk berniaga secara PAYUNG dari PBT tetapi jawapan yang di beri amat mengecewakan, SUDAH DI BEKUKAN. Kenapa? Hendak suruh saya menyewa sebuah kedai yang mahal atau TIDAK MAHU beri permit berniaga kepada saya?




RINGKASANNYA:
BETUL KER RAKYAT DIDAHULUKAN?